Wednesday 27 April 2011

Awas!!! Kepada Wanita, serbuk naik selera NAFSU.


Petikan Hmetro.
KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.
Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

CTP
Dari berita di atas, apa yang saya nak ingatkan kepada wanita-wanita di luar sana alert lah perkara ini.
Zaman sekarang ni bermacam-macam perkara boleh berlaku.

Jangan biarkan diri anda leka walau sekejap. Sayangilah diri anda.

P/s : kepada suami/isteri. mungkin boleh mencuba serbuk ini :P .. tapi untuk yang dah kawin ja..yang belum kawin jangan mengada-gada!!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...