Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T
Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas
bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah
akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada
nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. Ya Allah, siapakah orang di
syurga nanti yang akan berjiran dengan aku. Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat
jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat
yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga
Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu
dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk
di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik
dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor B*bi betina yang besar. **** itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa
terkejut melihatnya. Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh
keheranan.
**** itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu **** itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak
lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor **** jantan yang
lebih besar. **** itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga
kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. **** itu kemudiannya
dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. Wahai saudara! Apa agama
kamu ? Aku agama Tauhid , jawab pemuda itu iaitu agama Islam. Habis, mengapa
kamu membela ****? Kita tidak boleh berbuat begitu , Kata Nabi Musa.
Wahai tuan hamba , kata pemuda itu. Sebenarnya kedua **** itu adalah ibu bapa
kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah
menukarkan rupa mereka menjadi **** yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan
Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap
melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu
bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah
menajdi ****, aku tetap melaksanakan tugasku , sambungnya.
Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya
Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih
belum memakbulkan lagi , tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ¸Wahai Musa,
inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang
sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa
**** pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di
sisi Kami.
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu
bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam
syurga.
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa
yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan
syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah
dan ibunya seperti ****. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik
di akhirat kelak.
Pengajaran Kisah:
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan
kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana
mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa
kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di
akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang
ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya
supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.Wallahualam..
__________________